AmbassadorsMY

Salam Penjelajah Aksara,
          	
          	✦•┈๑⋅⋯ Sorotan Oktober ✦•┈๑⋅⋯
          	
          	Kita telah melabuhkan tirai bulan Oktober dan kini menyambut kehadiran November yang penuh dengan lembaran baharu. Sepanjang bulan lalu, pelbagai aktiviti menarik telah berlangsung dan meninggalkan jejak yang tersendiri. Jom kita imbas kembali sorotan sepanjang Oktober:
          	
          	Cerita di Sebalik Pena
          	Sudahkah anda membaca temu bual bersama @CIKRISYA? Kenali kisah di sebalik pena seorang penulis yang penuh inspirasi melalui pautan berikut:
          	
          	https://www.wattpad.com/1584776975-cerita-di-sebalik-pena-4-temubual-bersama-cikrisya
          	
          	Sorotan Pembaca
          	Karya pilihan AmbassadorsMY untuk bulan Oktober ialah Mrs. Adrian hasil nukilan CIKRISYA. Sebuah kisah yang memikat dengan gaya penceritaan yang begitu tersendiri. Baca sorotan pembaca dan ulasannya disini:
          	
          	https://www.wattpad.com/1584780131-sorotan-pembaca-4-mrs-adrian-oleh-cikrisya
          	
          	Senarai Bacaan Komuniti
          	Ada karya menarik yang ingin anda kongsikan bersama rakan pembaca? Sertai Senarai Bacaan Komuniti kami dengan mengisi borang di pautan berikut:
          	
          	https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLSfz560Mf7Bpc3cjOtHr3p8FCxbS7VmPYkY_wl6oT3YgmRqIAA/viewform
          	
          	Pentas Cabaran dan Aktiviti
          	Bagi anda yang gemar berimaginasi dan mahir bermain kata, inilah pentas untuk menyerlahkan bakat. Sertai segmen Pentas Cabaran dan tonjolkan keunikan gaya penulisan anda melalui karya kreatif:
          	
          	https://www.wattpad.com/story/396676343-pentas-cabaran-dan-aktiviti
          	
          	❁❁❁❁❁❁~~~❁❁❁❁❁❁~~~❁❁❁❁❁❁~~~❁❁❁❁❁❁
          	Setiap karya yang lahir daripada jiwa penulis menjadi bukti bahawa bahasa dan sastera tempatan terus hidup dalam diri kita. Teruskan menulis, membaca, dan berkongsi semangat agar komuniti ini kekal subur dengan idea serta cerita yang menggerakkan hati. Nantikan lebih banyak aktiviti menarik yang akan menemani perjalanan November anda.
          	
          	Salam mesra,
          	Pasukan AmbassadorsMY

AmbassadorsMY

Salam Penjelajah Aksara,
          
          ✦•┈๑⋅⋯ Sorotan Oktober ✦•┈๑⋅⋯
          
          Kita telah melabuhkan tirai bulan Oktober dan kini menyambut kehadiran November yang penuh dengan lembaran baharu. Sepanjang bulan lalu, pelbagai aktiviti menarik telah berlangsung dan meninggalkan jejak yang tersendiri. Jom kita imbas kembali sorotan sepanjang Oktober:
          
          Cerita di Sebalik Pena
          Sudahkah anda membaca temu bual bersama @CIKRISYA? Kenali kisah di sebalik pena seorang penulis yang penuh inspirasi melalui pautan berikut:
          
          https://www.wattpad.com/1584776975-cerita-di-sebalik-pena-4-temubual-bersama-cikrisya
          
          Sorotan Pembaca
          Karya pilihan AmbassadorsMY untuk bulan Oktober ialah Mrs. Adrian hasil nukilan CIKRISYA. Sebuah kisah yang memikat dengan gaya penceritaan yang begitu tersendiri. Baca sorotan pembaca dan ulasannya disini:
          
          https://www.wattpad.com/1584780131-sorotan-pembaca-4-mrs-adrian-oleh-cikrisya
          
          Senarai Bacaan Komuniti
          Ada karya menarik yang ingin anda kongsikan bersama rakan pembaca? Sertai Senarai Bacaan Komuniti kami dengan mengisi borang di pautan berikut:
          
          https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLSfz560Mf7Bpc3cjOtHr3p8FCxbS7VmPYkY_wl6oT3YgmRqIAA/viewform
          
          Pentas Cabaran dan Aktiviti
          Bagi anda yang gemar berimaginasi dan mahir bermain kata, inilah pentas untuk menyerlahkan bakat. Sertai segmen Pentas Cabaran dan tonjolkan keunikan gaya penulisan anda melalui karya kreatif:
          
          https://www.wattpad.com/story/396676343-pentas-cabaran-dan-aktiviti
          
          ❁❁❁❁❁❁~~~❁❁❁❁❁❁~~~❁❁❁❁❁❁~~~❁❁❁❁❁❁
          Setiap karya yang lahir daripada jiwa penulis menjadi bukti bahawa bahasa dan sastera tempatan terus hidup dalam diri kita. Teruskan menulis, membaca, dan berkongsi semangat agar komuniti ini kekal subur dengan idea serta cerita yang menggerakkan hati. Nantikan lebih banyak aktiviti menarik yang akan menemani perjalanan November anda.
          
          Salam mesra,
          Pasukan AmbassadorsMY

AmbassadorsMY

Adakah anda pernah membayang sebuah dunia yang dipenuhi makhluk asing ataupun dibina melalui teknologi yang luar biasa? 
          
          Mahupun sebuah dunia masa depan yang dipenuhi dengan kod rahsia dan konflik data yang tidak dikenali?
          
          Salam Mesra, Penjelajah Aksara!
          
          Kami menyeru semua peminat fiksyen sains untuk berkongsi karya-karya fiksyen sains yang menarik perhatian supaya semua pembaca di luar sana juga boleh terpesona dengan cerita dunia futuristik yang tersembunyi! 
          
          Adakah anda menemui cerita fiksyen sains di mana manusia menghadapi konflik dengan makhluk asing, mesin bernyawa dan alam semesta yang tidak dikenali? 
          
          Hantarkan karya fiksyen sains pilihan anda melalui pautan di bawah supaya semua pembaca boleh menerokai dunia tersebut!
          
          Pautan: https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLSfz560Mf7Bpc3cjOtHr3p8FCxbS7VmPYkY_wl6oT3YgmRqIAA/viewform 
          
          Marilah berkongsi cerita-cerita sains fiksyen kesukaan anda ke dalam pautan di atas. 
          
          Dengan Ikhlas, 
          Pasukan AmbassadorsMY

AmbassadorsMY

Salam Mesra, Penjelajah Aksara! 
          
          Pada bulan Oktober 2025, kami ingin memperkenalkan penulis pilihan kami iaitu Cik @CIKRISYA, penulis karya Mrs. Adrian yang merupakan pilihan eksklusif AmbassadorsMY kali ini! 
          
          https://www.wattpad.com/user/CIKRISYA
          
          Adakah anda ingin menjelajah ke dalam dunia Mrs. Adrian dan kisah-kisah menarik di sebalik penulisan beliau? 
          
          Jom ikuti segmen Cerita Di Sebalik Pena bagi mengenali penulis yang berbakat ini secara mendalam. 
          
          https://www.wattpad.com/1584776975-cerita-di-sebalik-pena-4-temubual-bersama-cikrisya
          
          Selain itu, kami juga akan menampilkan segmen Sorotan Pembaca, yang mengetengahkan karya terbitan @CIKRISYA. 
          
          Dengan ini, kami juga bawakan sorotan istimewa mengenai buku Mrs. Adrian sendiri. 
          
          Apakah yang menonjol dan menarik tentang karya ini? Mengapa ia terpilih? 
          
          Marilah kami menjelajah soroton istimewa tentang Mrs. Adrian!
          
          https://www.wattpad.com/1584780131-sorotan-pembaca-4-mrs-adrian-oleh-cikrisya
          
          Jom tinggalkan komen dan kongsikan pendapat anda semua yang unik!✨ 
          
          Terus menyebarkan cerita, 
          Pasukan AmbassadorsMY

AmbassadorsMY

✨Fikir Fikir Bersama Kami Minggu Ini✨
          
          Selamat Menyambut Deepvali!
          
          Deepvali ataupun Diwali merupakan pesta cahaya yang menandakan kemenangan kuasa kebaikan ke atas kuasa kejahatan. 
          
          Perayaan ini adalah tidak lengkap sama sekali tanpa manisan tradisional yang sudah tentu akan membuatkan kita terkenang dengan suasana rumah terbuka yang amat meriah. 
          
          1. Apakah jenis manisan ataupun kudapan yang paling digemari oleh anda pada Deepavali? 
          
          2. Semasa melawat rumah terbuka pada perayaan Deepavali, kuih atau masakan siapa yang paling anda nantikan? 
          
          Jangan lupa menyertai aktiviti yang disediakan oleh kami di Pentas Cabaran dan Aktiviti di pautan berikut:
          https://www.wattpad.com/1564574580-pentas-cabaran-dan-aktiviti-5-hari-deepavali-2025 
          
          Marilah kita sama-sama berkongsi manisan kegemaran ataupun pengalaman yang anda tidak boleh lupakan di ruangan komen dengan #TanyaWattpadMY dan #Deepavali2025MY
          
          
          Sentiasa berkhidmat,
          Pasukan AmbassadorsMY

AmbassadorsMY

Salam Mesra, Penjelajah Aksara! 
          
          Menjelang minggu depan, rakyat Malaysia akan menyambut Hari Deepavali! 
          
          Sempena sambutan Deepavali yang bakal tiba, kami ingin menjemput anda semua untuk turut serta dalam aktiviti khas Deepavali di dalam Pentas Cabaran dan Aktiviti di dalam pautan tersebut:
          https://www.wattpad.com/1564574580-pentas-cabaran-dan-aktiviti-5-hari-deepavali-2025 
          
          Marilah kita bersama-sama memeriahkan sambutan ini dengan aktiviti dan cerita-cerita yang menarik. 
          
          Terdapat juga soalan-soalan interaktif yang akan disertakan di dalam, dan anda semua dijemput untuk berkongsi idea dan jawapan di dalam ruangan tersebut. 
          
          Marilah kita bersama-sama berkongsi cerita serta jawapan untuk memeriahkan sambutan Deepavali ini. 
          
          Salam Mesra, 
          Pasukan AmbassadorsMY

AmbassadorsMY

Sukakan kisah yang penuh cabaran dan adrenalin?
          Aksi mendebarkan, gerakan lincah, dan teknik pertahanan diri yang mengagumkan?
          
          Salam mesra, Penjelajah Aksara!
          
          Kalau anda peminat tegar genre aksi atau penulis yang teruja mencipta babak-babak yang buat pembaca tak senang duduk, inilah peluang anda untuk menyerlah.
          
          Kami sedang menyusun Senarai Bacaan Aksi, dan kami ingin mengetengahkan karya-karya terbaik daripada komuniti kita. Selagi karya anda sarat dengan aksi dan mampu buat jantung pembaca berdegup kencang, kami sangat alu-alukan penyertaan anda.
          
          Hantar karya pilihan anda melalui pautan ini:
          https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLSfz560Mf7Bpc3cjOtHr3p8FCxbS7VmPYkY_wl6oT3YgmRqIAA/viewform
          
          Mari kita sama-sama tonjolkan kehebatan karya tempatan dan bangunkan komuniti penulis serta pembaca yang cintakan dunia penuh aksi ini.
          
          Terus berkarya,
          Pasukan AmbassadorsMY

AmbassadorsMY

✨ Fikir-Fikir Bersama Kami Minggu Ini ✨
          
          Selamat datang ke minggu ketiga bulan Oktober! Untuk pengetahuan anda, bulan Oktober juga merupakan Bulan Malaysia Sihat Sejahtera (BMSS) tau, jadi jom kita amalkan gaya hidup sihat mulai sekarang. Selain badan cergas, otak pun kena cerdas, jadi jom kita sama - sama melatih minda untuk berfikir dengan menjawab soalan - soalan ini:
          
          1. Apakah cerita rakyat tempatan Malaysia yang anda rasa paling menarik?
          2. Siapakah pengarang cerita Melayu di Wattpad yang anda paling suka? Mengapa?
          
          Jom sama - sama kita kongsikan pendapat masing - masing di ruangan komen. Jangan lupa untuk sertakan #TanyaWattpadMY bersama jawapan anda. ☺️
          
          Salam mesra,
          Pasukan AmbassadorsMY 

AmbassadorsMY

@LadyLove512 Terima kasih atas perkongsian anda bersama kami :)
Reply

LadyLove512

@AmbassadorsMY 
            1) Kalau mengikut kisah klasik, saya rasa cerita Siti Zubaidah paling menarik. Kisah ini berasal daripada puisi lama yang mengangkat watak seorang wanita yang sanggup melakukan apa saja demi menyelamatkan suaminya. Ia memperlihatkan keberanian, kesetiaan dan kebijaksanaan seorang isteri dalam menghadapi cabaran.
            
            2) Buat masa ini, saya suka penulisan daripada @/hironuwi dan @/PutraRize_. Kedua-duanya ada gaya tersendiri dan cara mereka menulis memang mampu menarik perhatian.
Reply

AmbassadorsMY

✨ Fikir-Fikir Bersama Kami Minggu Ini ✨
          
          Selamat datang ke minggu kedua bulan Oktober! Minggu ini merupakan Hari Sukan Negara yang disambut pada 10 Oktober hingga 12 Oktober tahun ini. Oleh itu, mari kita aktifkan diri dengan pelbagai aktiviti sukan. Selain fizikal yang sihat, kesihatan minda juga penting untuk kesejahteraan hidup. Mari kita aktifkan semula sel-sel otak dengan menjawab soalan- soalan berikut: 
          
          1. Siapakah ahli sukan yang menjadi idola anda?
          
          2. Peribahasa mati dicatuk katak bermaksud orang yang kuat dikalahkan oleh yang lemah. Bina ayat menggunakan peribahasa tersebut. 
          
          Contoh : Pemain kumpulan Merah kelihatan mendahului pada awal permainan, namun siapa sangka mereka kalah pada saat akhir seperti mati dicatuk katak.
          
          Jom sama - sama kita kongsikan jawapan menarik di ruangan komen. ☺️
          
          Salam mesra,
          Pasukan AmbassadorsMY 
          

AmbassadorsMY

@LadyLove512 Terima kasih atas penyertaan dan perkongsian anda berkaitan sukan.
Reply

LadyLove512

@AmbassadorsMY Saya kurang arif berkenaan atlet kita tetapi saya sekarang berminat dengan F1 
            
            1) Max Verstappen. Saya suka personalitinya yang menyukai persaingan dalam perlumbaan permotoran tetapi dalam waktu yang sama tidak lokek, ramah dengan rakan seperjuangan yang lain. 
            
            2) Perlumbaan sengit antara pasukan Betik dan pasukan Lembu Jantan pada permulaan pertandingan menjadi tumpuan ramai, namun seperti mati dicatuk katak, pasukan Hijau tiba-tiba mendahului mereka.
Reply

AmbassadorsMY

✨Fikir Fikir Bersama Kami Minggu Ini✨
          
          Salam hujung minggu buat Penjelajah Aksara.
          
          Bulan Bahasa Kebangsaan membuka ruang untuk kita bukan sahaja menulis, tapi merenung tentang bagaimana kita membaca, dan apa yang menyentuh jiwa.
          Sebagai pembaca dan pencinta cerita, anda pasti pernah berhadapan dengan dua perkara ini:
          
          1) Sejauh mana gaya bahasa mempengaruhi keputusan anda untuk terus membaca atau berhenti di pertengahan cerita?
          
          2) Dalam sesebuah kisah, adakah anda lebih tertarik kepada konflik besar yang dramatik, atau detik kecil yang penuh makna?
          
          Tinggalkan pandangan anda di ruangan komen dan gunakan tanda pagar #TanyaWattpadMY
          Kerana setiap suara membawa erti dalam komuniti ini.
          
          Sentiasa berkhidmat,
          Pasukan AmbassadorsMY

AmbassadorsMY

@lol_1357 Terima kasih untuk pendapat anda dan interaksi bersama kami.
Reply

lol_1357

@AmbassadorsMY
            
            1. Pada pendapat saya, gaya bahasa adalah antara perkara utama yang saya nilai sebelum membaca sesebuah buku. Jika gaya bahasa bagus dan mudah difahami, baru saya akan terus kan pembacaan.
            
            2. Sejujurnya, saya lebih suka konflik besar yang dramatik kerana saya merasakan konflik membuatkan sesebuah kisah itu menarik. Konflik juga menambah perasa terhadap plot cerita, menjadi kan saya tak sabar untuk mengetahui apa yang akan jadi seterusnya dalam cerita tersebut.
            
            
Reply

CShiauJing

@AmbassadorsMY
            
            1. Bagi saya, gaya bahasa memainkan peranan yang penting untuk terus membaca. Namun, pada masa yang sama sekiranya sesebuah cerita mempunyai plot yang menarik, maka saya akan meneruskan perjalanan di dalam cerita tersebut supaya mendapat kepuasan maksima untuk mengetahui pengakhiran cerita tersebut.
            
            2. Ini merupakan pilihan yang sukar untuk saya kerana saya menyukai kedua-dua jenis konflik besar yang dramatik dan detik kecil yang penuh bermakna di dalam sesuatu cerita. 
Reply

AmbassadorsMY

Pentas Cabaran dan Aktiviti: Oktober Bermula!
          
          Salam mesra Penjelajah Aksara!
          
          Selamat datang ke minggu pertama Oktober! Tahukah anda bahawa Oktober di Malaysia turut dikenali sebagai Bulan Bahasa Kebangsaan? Bulan ini memberi tumpuan kepada usaha memperkasa bahasa Melayu sebagai nadi perpaduan dan identiti negara.
          
          Sempena sambutan bermakna ini, kami bawakan segmen khas Pentas Cabaran dan Aktiviti dengan tema bulan ini:
          Peribahasa & Kejutan Jalan Cerita
          
          https://www.wattpad.com/1562888624-pentas-cabaran-dan-aktiviti-peribahasa-kejutan
          
          Kami cabar anda untuk menghasilkan cerita yang menyelitkan peribahasa secara bijaksana, serta momen mengejutkan yang mampu meninggalkan kesan. Tunjukkan kreativiti anda dan mari kita sama-sama semarakkan keindahan bahasa!
          
          Jangan lupa kongsikan hasil anda di ruangan komen pada bab aktiviti tertera dan gunakan tanda pagar #BahasaKitaMY #AmbassadorsMY
          Kami tak sabar nak baca karya anda!
          
          Sentiasa berkhidmat,
          Pasukan AmbassadorsMY